Sinopsis Ustazah Robotik

Mengisahkan Asma (8 tahun) sangat obses terhadap permainan robot kerana mendapat pendedahan daripada ayahnya, seorang jurutera robot. Walau bagaimanapun, ayahnya terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa menyebabkan minatnya terhenti seketika dek perasaan kurang senang ibunya terhadap robot.

Asma memberontak dalam diam kerana robot seolah menghubungkan hatinya dengan rindu kepada arwah ayah. Ibunya akur dan cuba mendorong minat Asma terhadap robot sehinggalah anak sulungnya itu berjaya menjadi jurutera robotik. Dalam liku-liku hidupnya mencapai impian, Asma jatuh hati kepada bosnya sendiri, Muaz.

Peribadi Asma yang berakhlak mulia dan kecekapannya mengendalikan teknologi robot menyebabkan ibu mentuanya memanggil Asma dengan panggilan ‘Ustazah Robotik.’

Kisah ini turut mengangkat nilai-nilai kemanusiaan dengan teknologi yang tidak dapat dipisahkan. Serta menggilap sifat kemanusiaan robot yang kadangkala lebih ‘manusiawi’ daripada manusia.